fbpx

[VIDEO] Syamsul tenang, doa proses perdamaian lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul berharap proses perdamaian yang berlangsung pagi ini menemui kata putus terbaik berhubung kemelut rumah tangga dan hubungannya dengan Puteri Sarah.

KUALA LUMPUR – Pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) sekitar pukul 9.35 pagi tadi berharap proses perdamaian bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana berjalan lancar.

Ditemani seorang ahli keluarganya, Syamsul yang tampak tenang hadir bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana Kamaruddin menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

“Hari ini kami menjalani proses JKP, semoga daripada sesi ini Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.

“Saya difahamkan Sarah ditemani ahli keluarganya. Tak tahu lagi macam mana, doakan yang terbaik dan kita jumpa selepas ini,” kata Syamsul.

Sementara itu, Puteri Sarah yang ditemani adiknya, Puteri Sofea tiba di Jawi sejam kemudian dan terus menuju ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK).

Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen, antara alasan dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah tiada lagi persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI