fbpx

Ranking FIFA Malaysia naik ke tangga 140

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan terkini Harimau Malaya

PETALING JAYA – Selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 baru-baru ini, Harimau Malaya telah mengumpul 1071.99 mata bagi rangking FIFA dan kini menghampiri kedudukan terbaik sejak 15 tahun lalu.

Selepas kemenangan terhadap Turkmenistan 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam pasukan negara telah memastikan 5.27 mata menjadi milik anak buah Kim Pan-gon.

Mata tersebut sekaligus mengumpul mata keseluruhan terbaru sebanyak 1077.26 dan berada di ranking ke-140 memintas Burundi dan St Kitts and Nevis.

Perlawanan menentang Hong Kong pada 28 Mac ini bakal memberikan anjakan baru buat skuad negara dengan penambahan +4.9 mata jika berjaya menewaskan pasukan berkenaan.

Sekiranya Malaysia menang menentang Hong Kong, maka mata keseluruhan yang dikumpul sebelum kemas kini FIFA pada April ini adalah sebanyak 1082.16 sekaligus berada dikedudukan ke-139 dunia memintas negara dari Amerika Selatan, Suriname.

Kedudukan ke-139 dunia itu bakal menghampiri kedudukan terbaik negara pada tahun 2011 sejurus memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah menduduki tangga ke-138 FIFA sebelum kembali memperoleh unjuran kejatuhan sehingga ke tangga ke-178 pada 2018. -KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI