fbpx

Polos, sucinya muka bangun tidur Lisa Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

KALAU dah namanya selebriti kesayangan ramai, perkara yang kelihatan biasa-biasa saja tetap nampak luar biasa di mata peminat.

Begitu yang dialami penyanyi popular Lisa apabila beberapa keping foto dan video ketika di lapangan terbang Taiwan tular dalam aplikasi Weibo.

Momen tersebut dirakam ketika ahli Blackpink itu dalam perjalanan pulang ke Korea Selatan selepas selesai menjayakan konsert dua hari di Taiwan baru-baru ini.

Dalam foto yang tular, Lisa kelihatan seperti baru bangun tidur memandangkan keadaan rambutnya sedikit kusut dengan wajahnya langsung tiada secalit solekan.

Bagaimanapun, kecantikan semula jadi penyanyi asal Thailand itu menuai pujian peminat. Dia dikatakan sangat comel dan polos.

Meskipun nampak penat dan tidak cukup tidur, namun keaslian wajah Lisa membuatkan ramai peminat jatuh hati dan berkata dia kelihatan seperti bayi.

“Dia bangun dari tidur dan lupa dia Lisa Blackpink,” kata peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI