fbpx

Penduduk Kampung Telok Gong mohon naik taraf jalan, elak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk yang menyertai bantahan itu di Kampung Telok Gong, Klang, hari ini.

KLANG – Lebih 20,000 penduduk Kampung Telok Gong di sini, meminta pihak berwajib menaik taraf jalan utama di kawasan itu yang didakwa sudah meragut 20 nyawa terutama penunggang motosikal sejak lima tahun lalu.

Keresahan itu susulan jumlah kenderaan berat semakin banyak menggunakan laluan yang turut mengorbankan Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, 9, kelmarin.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Telok Gong, Rosli Ismail, 58, berkata, keadaan jalan sepanjang tujuh kilometer itu masih sama sejak sekian lama sedangkan jumlah kenderaan berat kian meningkat.

Katanya, kemalangan merupakan isu utama yang perlu segera diselesaikan kerana sudah meragut banyak nyawa penduduk.

Rosli (dua kanan) menyerahkan memorandum bantahan kepada Azmizam di Kampung Telok Gong, Klang, hari ini.

“Selain menaik taraf jalan sedia ada, kami memohon bonggol dan pemutus kelajuan dibina bagi mengelak pengguna memandu laju terutama kenderaan berat.

“Masa operasi kenderaan berat menggunakan laluan itu juga perlu dihadkan terutama ketika waktu puncak,” katanya ketika ditemui selepas menyertai bantahan aman di kampung itu, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama 100 penduduk menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berdekatan lokasi kemalangan menimpa Nurul Jannatun Assyifa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI