fbpx

Enam dicekup polis tawar ‘Datuk Seri’ palsu RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Enam lelaki diberkas polis selepas dipercayai menipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dengan menawarkan watikah darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ palsu melibatkan kerugian RM400,000, Selasa lalu.

Kesemua suspek berusia antara 33 dan 44 tahun itu diberkas secara berasingan di empat lokasi di Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Johor oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar 2019 selepas mangsa telah dihubungi salah seorang suspek yang menyamar sebagai ‘Datuk’ daripada Istana Negara.

“Mangsa berusia 63 tahun telah dihubungi lelaki bergelar Datuk yang kononnya daripada Istana Negara dan memaklumkan dia akan diberikan gelaran Datuk Seri, namun perlu melalui proses pembayaran sebanyak RM300,000 sebelum diberikan pingat.

“Tanpa rasa curiga mangsa kemudian bersetuju dan mula membuat 13 transaksi pemindahan wang ke dalam beberapa akaun berbeza diberikan oleh suspek bernilai keseluruhan RM396,400 sejak 21 Jun 2019,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Ujarnya, suspek kemudian telah menghubungi mangsa memaklumkan akan menghantar wakil berjumpa dengannya di luar Gate 2 Istana Negara bagi urusan pembayaran baki RM70,000 serta serahan surat tawaran watikah Datuk Seri pada 30 Mac 2021.

“Mangsa mengikuti arahan tersebut dan telah menandatangani serta meletakkan cap ibu jarinya ke atas surat tawaran itu.

“Selepas membuat semakan, mangsa mendapati tawaran watikah diberikan itu adalah palsu,” katanya.

Christopher berkata, kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingg esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI