fbpx

[VIDEO] Pencuri gagal larikan tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tabung besi yang cuba dilarikan pencuri dari Masjid Al Aqla di Jitra hari ini.

JITRA – Jemaah yang mahu menunaikan solat subuh pada hari pertama Ramadan di Masjid Al Aqla di sini dikejutkan dengan penemuan tabung besi rumah ibadat tersebut yang berada di koridor masjid.

Dipercayai tabung tersebut cuba diheret keluar dari pekarangan masjid, namun ditinggalkan di situ oleh pencuri kerana terlalu berat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, tabung besi itu ditemui seorang jemaah berusia 73 tahun kira-kira pukul 6.05 pagi.

“Tabung itu ditemui berada di koridor dalam keadaan masih berkunci. Pemeriksaan dijalankan mendapati tiada duit yang hilang.

“Pemeriksaan dijalankan berjaya menemui tiga cap jari pada tabung tersebut,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, televisyen litar tertutup masjid tersebut bagaimanapun tidak meliputi kawasan tabung berkenaan dan hanya berada di dalam masjid.

“Tiada barang yang hilang namun satu anak tangga masjid tersebut pecah akibat terkena peti besi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI