fbpx

Pesawat Cebu Pacific Air lakukan pendaratan cemas di KKIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat milik Cebu Pacific Air membuat pendaratan cemas selepas dipercayai mengalami masalah enjin dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi. -Foto: Ivan Amirul-

KOTA KINABALU – Sebuah pesawat milik Cebu Pacific Air membuat pendaratan cemas selepas dipercayai mengalami masalah enjin dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.

Pesawat airbus A320 berkenaan membawa 92 penumpang serta anak kapal dan berlepas dari Cebu, Filipina pada pukul 7.55 malam dan difahamkan pesawat terbabit dijadualkan mendarat di Singapura tengah malam ini.

Bagaimanapun, pesawat itu dipercayai mengalami masalah enjin bahagian kiri pesawat ketika penerbangan.

Ekoran itu, juruterbang kapal kemudiannya membuat pendaratan kecemasan di KKIA sekitar pukul 10.22 malam dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) KKIA pada pukul 9.49 malam.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Keadaan terkawal dan pesawat mendarat dengan selamat. Semua penumpang dan anak kapal juga selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI