AZAN maghrib yang memecah keheningan senja semalam menandakan detik permulaan pemburuan fadilat Ramadan, bulan yang membawa seribu rahmat. Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW: “Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” Dengan itu, ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT terbuka luas bagi mukmin yang berusaha mencari keredaan-Nya sepanjang 30 hari tersebut. Maka, tidak hairanlah sekiranya bulan penuh barakah ini menjadi medan buat umat Islam meningkatkan amalan. Antara dua amalan yang……