fbpx

Bumbung, khemah niaga diterbangkan ribut ke tengah jalan dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Kubang Pasu membersihkan jalan utama Jitra - Changlun di Jitra yang dipenuhi khemah gerai yang diterbangkan ribut pada petang tadi.

JITRA – Lokasi terjejas ribut di Pekan Jitra di sini pada petang tadi melibatkan kawasan antara satu hingga dua kilometer yang mengakibatkan kerosakan khemah gerai buah dan pokok tumbang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, kejadian tersebut menyebabkan bumbung zink dan khemah gerai di bahu jalan diterbangkan angin ke jalan utama Jitra – Changlun.

“Kita menerima laporan kejadian bencana ribut pada pukul 3.05 petang tadi daripada orang awam.

“Tindakan diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya membersihkan pokok tumbang serta jalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian pada pukul 3 petang itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Kubang Lembu, Jitra.

“Kejadian hujan dan ribut tadi menyebabkan kerosakan gerai buah sebelah stesen minyak di Kubang Lembu, Jitra.

“Pihak trafik mengambil tindakan mengawal lalu lintas,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI