fbpx

Bukit Tunku ditutup, Kajang Perdana jadi tumpuan ‘spot healing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan orang muda sedang 'Healing' di Kajang Perdana.

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat tidak menunggu lama untuk mencari sebuah ‘spot healing’ baharu apabila Bukit Tunku ditutup oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menerusi perkongsian klip video di media sosial memaparkan kawasan perumahan di Kajang Perdana, Selangor tular apabila ramai menjadikan tempat itu sebagai salah satu ‘spot healing’.

Video yang berjaya meraih lebih 30,000 tanda suka itu dimuat naik Manish merakamkan detik-detik dia dan rakan-rakan berkelah di bahu jalan sambil melayani pemandangan.

Difahamkan, dia sering berkunjung ke Bukit Tunku viewpoint di Kuala Lumpur, sebelum ditutup akibat pembuangan sampah tidak terkawal oleh pengunjung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai teruja dengan ‘spot’ baharu dan ada juga yang risau, Kajang Perdana bakal berdepan kes pembuangan sampah jika tidak dikawal.

“Dekat mana tempat ini? Bukit Ampang dan Bukit Tunku dah tak seronok, yang tinggal cuma Bukit Antarabangsa dan Permai sahaja”, kata Aremirul.

“Waktu aku nak ‘healing’ ramai betul, dia ni pergi kosong sahaja macam tak pernah orang tahu tempat ni,” ujar MirulFikri.

Salah seorang pengguna Wan Gliger turut mengingatkan pengguna agar sentiasa menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan membuang sampah di tempat sepatutnya.

“Bagus dah tu sampah kumpul satu tempat, harapnya sampah tu dibuang ke tempat yang sepatutnya. Bukit Tunku dulu tutup sebab banyak sampah,” jelas Wan Gliger. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI