fbpx

6 pengikut ajaran sesat Sihulk dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL Zaman memaklumkan enam pengikut Sihulk sudah dikenalpasti pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Enam pengikut ajaran sesat Suhaini Muhammad atau ringkasnya Sihulk diburu polis ekoran satu rakaman video tular di TikTok dengan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek yang berusia antara 20-an hingga 30-an telah dikenalpasti.

Menurut beliau, operasi memburu pengikut ajaran sesat berkenaan sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

“Berhubung video ajaran sesat yang tular, enam individu terbabit telah dikenalpasti dan tindakan akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Nasihat saya, adalah lebih baik sekiranya mereka menyerah diri dan datang kepada pihak polis berbanding membiarkan polis datang kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Hal itu kerana katanya, wajah-wajah pelaku jelas kelihatan di dalam video tersebut.

Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, ajaran Sihulk merupakan salah satu daripada 21 fahaman dan ajaran sesat yang diwarta haram di negeri ini.

Beliau dilaporkan berkata, ajaran Sihulk itu jelas menyimpang daripada ajaran Islam apabila penganutnya melihat Nabi Muhammad sebagai tuhan, bukan sebagai rasul.

“Ajaran itu mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan, baginda bukan lelaki atau perempuan, dilahirkan atau mempunyai anak yang secara terang-terangan terpesong jauh, sedangkan Nabi Muhammad manusia biasa seperti kita.

“Ini satu penghinaan kepada Islam, ia bertentangan dengan tauhid dan saya percaya orang awam yang memilih ilmu agama sederhana juga boleh sedar bahawa ajaran itu sesat,” jelasnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video dipercayai seorang pengamal ajaran Sihulk mendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak berani untuk mengambil tindakan terhadapnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI