fbpx

Syamsul nafi dakwaan setubuh luar nikah, Ira nak saman Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL menegaskan untuk menyaman Jawi susulan dakwaan berhubung siasatan dirinya dengan satu kes jenayah syariah.

KUALA LUMPUR – Pengarah sensasi Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan dia turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Tambahnya, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah.

“Minta maaf cakap, Jawi ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.

“Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah.

“Dan, alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” katanya pada sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurut pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, tindakan undang-undang terhadap Jawi diambil berhubung siasatan persetubuhan luar nikah yang didakwa isteri pertamanya itu.

“Saya masih lagi suami Puteri Sarah. Saya masih sayangkan dia dan masih berharap dapat berbincang dengannya berkaitan konflik rumah tangga kami.

“Pada masa sama, ini juga sebagai satu teguran buat Puteri Sarah bahawa saya masih suaminya!” ujarnya tegas.

Selain itu, Syamsul melalui peguamnya dikenali sebagai Amar berkata, isteri kedua aktor itu iaitu Ira Kazar juga bakal mengenakan tindakan saman terhadap Jawi.

Semalam, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan memberitahu tuntutan dibuat bukan sebab mahu membalas dendam, sebaliknya menyelamatkan rumah tangga.

Dalam tuntutan nusyuz tersebut, Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan suami orang.

Rentetan itu, Puteri Sarah pula membuat serangan balas apabila mendedahkan suaminya dan madunya Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI