fbpx

Sho Hirano sengaja hina Korea Selatan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHO HIRANO

ANGGOTA kumpulan dari Jepun, King & Prince iaitu Sho Hirano dikecam kerana kenyataannya yang didakwa menghina Korea Selatan.

Penyanyi berusia 26 tahun itu menjadi topik hangat berikutan kenyataan terbukanya yang disiarkan dalam sebuah program televisyen Jepun.

Rakaman program tersebut dijalankan di Seoul semasa Hirano melakukan lawatan ke tanda mercu utama di situ dan dia meniru beberapa perkataan Cina.

Apabila ditanya berkenaan pengetahuannya terhadap bahasa Korea, Hirano bagaimanapun menjawab dalam bahasa Cina iaitu ‘terima kasih, saya sayang kamu’.

Soal jawab diteruskan dengan bertanyakan sama ada dia mengenali ibu kota Korea, dia kemudian menjawab ‘pa-k’.

Netizen mendakwa dia sengaja mengejek nama orang Korea iaitu Park dengan menyebutnya dalam bahasa Jepun atau merujuk kepada perkataan dari negara itu, ‘pa-ku-ri’ yang bermaksud tiruan.

Bahkan Hirano mengatakan mata wang rasmi Korea adalah Berry dan lawatan tersebut sebagai ‘nae-il’ bermaksud lawatan ke Jepun bukannya ‘nae-han’ (lawatan ke Korea).

Netizen mengulas kenyataan ‘nae-il’ mungkin merujuk kepada penjajahan Jepun di Korea pada separuh pertama tahun 1990-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI