fbpx

Remaja disisihkan setelah digigit serigala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amrish memiliki kesan parut teruk pada muka selain dua batang gigi bawahnya turut terkeluar dari mulut. – Jam Press

NEW DELHI – Seorang remaja di India yang pernah diserang seekor serigala ketika masih bayi menyatakan bahawa dia dipinggirkan oleh jiran dan rakan sekolah dengan mereka menggelarnya ‘budak hantu’, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Amrish, 18, memiliki parut teruk pada muka selain dua batang gigi bawahnya turut terjojol keluar akibat diserang seekor serigala ketika berusia lima bulan.

Menurut remaja tersebut, dia kini sukar makan dengan betul dan sering disisihkan. Jiran dan rakan memanggilnya budak hantu kerana takut melihat wajahnya.

“Kanak-kanak dan orang ramai takut kepada saya. Disebabkan itu, saya tidak dapat memasuki sekolah sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Amrish, keluarganya tidak mampu membayar perbelanjaan untuk menjalani pembedahan plastik kerana kos yang terlalu tinggi.

“Namun, ada rakan-rakan yang menyayangi saya dan mereka menjaga saya,” katanya.

Menceritakan mengenai kejadian dia diserang serigala, Amrish berkata, ketika kejadian ibunya membawanya semasa bekerja di sebuah ladang.

Apabila wanita itu berpaling ke arah Amrish semasa berehat seketika, dia mendapati seekor serigala sedang ‘memakan’ wajah bayinya yang berusia lima bulan itu.

Amrish kemudian dibawa ke sebuah hospital di negeri Madhya Pradesh, di mana doktor berjaya menyelamatkan nyawanya.

Dia kemudian menjalani pembedahan wajah pada 2012, namun masih terdapat parut teruk sehingga membuatkan dia terpaksa memakai topeng muka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN