fbpx

Shahrizat dilantik Ahli MKT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizat

PETALING JAYA – Seramai 13 ahli UMNO diumumkan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) lantikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pelantikan itu diumumkan selepas Ahmad Zahid mempengurusikan Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn hari ini.

Antara yang dilantik ialah Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Datuk Ahmad Ismail, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Hasmuni Hassan.

Selain itu, Datuk Mohd. Hasnol Ayub, Datuk Mohd. Faizal Ramli, Datuk Mohd. Arrif Abdul Majid, Datuk Seri Jailani Johari, Datuk Norliza Abdul Rahim, Mohd. Hairi Mad Shah dan Siti Sokhleha Nordin.

Selain itu, mesyuarat MKT turut menetapkan beberapa perkara antaranya mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan demi kestabilan negara.

MKT UMNO juga mengambil maklum perjalanan Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang telah pun menubuhkan Majlis Perundingan Pimpinan dan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang dianggotai kesemua parti-parti gabungan.

Dalam pada itu, UMNO komited membantu kerajaan melalui wakil-wakil parti untuk menangani isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI