fbpx

Polis Selangor nafi keluar surat mohon tajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyebaran sekeping surat di media sosial Telegram.

SHAH ALAM – Polis Selangor menafikan pengeluaran surat bagi memohon sumbangan penajaan program sambutan Hari Polis ke-216 yang tular di media sosial.

Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya mengesan penyebaran sekeping surat di media sosial Telegram Edisi Siasat.

“Ia mendakwa kononnya terdapat surat permohonan sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 diminta dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat.

“Polis Selangor menafikan kewujudan surat itu dikeluarkan oleh mana-mana jabatan dalam kontinjen ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang perkongsian atau penyebaran sesuatu berita daripada sumber tidak sahih.

“Pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI