fbpx

Penganjur Thai Hot Guy boleh dikena tindakan – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Panel Of Experts (POE) KPKT siri 1/2023 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyokong sebarang aktiviti melibatkan kegiatan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan tindakan boleh dikenakan sekiranya melakukan kesalahan terutama membabitkan aktiviti tidak bermoral.

“Kementerian tidak menyokong LGBT, ini adalah dasar kerajaan dan tidak dijadikan isu. Mana-mana pihak langgar dasar kerajaan tindakan akan diambil mengikut lunas undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Panel of Experts (POE) KPKT siri 1/2023 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran tarian oleh sekumpulan penari yang dikenali sebagai Thai Hot Guy dijangka berlangsung di sebuah kelab persendirian di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, penganjuran aktiviti yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tidak wajar diteruskan terutama pada bulan Ramadan.

Katanya, sebarang jenis penganjuran seharusnya mengambil kira sikap saling menghormati antara masyarakat dan sesama kaum yang mempunyai sensitiviti mereka tersendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI