fbpx

Operasi kantin sekolah diteruskan ketika Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menyarankan operasi kantin diteruskan seperti biasa pada bulan Ramadan walaupun jumlah pelajar bukan Islam tidak ramai di sesebuah sekolah itu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tiada keperluan untuk operasi kantin ditutup kerana tidak mahu lagi melihat pelajar makan di dalam stor mahupun di tepi longkang ketika bulan Ramadan.

“Tiada istilah kantin tutup. Yang kita mahu tegaskan hari ini adalah soal bagaimana keperluan kita menyantuni kanak-kanak bukan Islam walaupun dalam Ramadan.

“Ini adalah Kerajaan Madani, kerajaan inklusif yang mana kedua-dua pihak perlu saling hormat menghormati.

“Mereka yang berpuasa kena santuni yang tidak berpuasa, yang tidak berpuasa kena belajar menghormati mereka yang berpuasa,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah anjuran Yayasan Petronas di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (L) Jalan Raja Laut, di sini, pagi.

Sehubungan itu, selain beroperasi demi pelajar bukan Islam, pihaknya juga berpendapat ia juga perlu bagi meraikan pelajar sekolah rendah yang tidak wajib berpuasa dan pelajar yang tidak mampu berbuat demikian.

“Jadi, masing-masing perlu hormati budaya dan agama di samping harus bersifat inklusif.

“Jangan risau tentang tiada keperluan untuk buka kantin. Saya fikir ia masih penting untuk santuni mereka,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI