fbpx

Dubai larang edar makanan buka puasa tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan mengagihkan juadah berbuka puasa semasa bulan Ramadan di Dubai pada 28 April 2020. - AFP

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Penduduk Dubai yang merancang untuk mengedarkan juadah berbuka puasa pada Ramadan tahun ini perlu mendapatkan permit bagi mengelak daripada dikenakan denda yang mencecah 100,000 AED (RM121,797), lapor portal berita Al Arabiya.

Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Dubai mengumumkan peraturan tersebut dengan memetik keperluan untuk memastikan keselamatan makanan yang disumbangkan.

Ketika bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia sering berkumpul untuk berkongsi hidangan berbuka yang ada antaranya disumbangkan oleh individu, restoran atau pertubuhan amal.

Umat Islam lazimnya akan melakukan amal kebajikan seperti menghulur bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan menerusi sumbangan makanan dan dana.

Timbalan Pengarah Aktiviti Amal di Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai, Mohammed Mosabh Dahi memberitahu bahawa perbuatan mana-mana individu atau institusi yang mengedarkan makanan tanpa permit adalah tidak dibenarkan.

Bagi mendapatkan permit, orang ramai boleh berhubung dengan jabatan itu dan memberikan maklumat tentang lokaliti dan tarikh dirancang untuk mengagihkan makanan.

Perkara itu membolehkan pihak berkuasa memberitahu penderma lokasi yang berbeza untuk mengagihkan juadah berbuka puasa dengan selamat. 

Penduduk Dubai tertakluk kepada akauntabiliti undang-undang seperti yang dinyatakan dalam dekri yang mengawal selia pengumpulan dana sumbangan di Dubai untuk tahun 2015.

Di bawah undang-undang tersebut, denda yang dikenakan terhadap penyiar iklan atau pengutip derma tanpa lesen adalah antara 5,000 AED (RM6,088) hingga 100,000 AED (RM121,770) atau dihukum penjara tidak kurang dari sebulan dan tidak melebihi setahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI