fbpx

Anggota APM maut Honda CRV bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan jenis Honda CRV dinaiki mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Klinik Padang Luas di Bera, hari ini.

BERA – Seorang anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) maut selepas kenderaan pelbagai pelbagai guna (SUV) dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Klinik Padang Luas di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.41 pagi itu menyebabkan mangsa Haikal Aiman Hasrul, 21, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah SUV jenis Honda CRV dan juga sebuah lori.

“Terdapat seorang lelaki dewasa tersepit di tempat duduk pemandu dan pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke hospital berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI