fbpx

9 maut gempa bumi kuat gegar Pakistan, Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berada di jalan raya berikutan gempa bumi kuat di Rawalpindi, Pakistan semalam. - Muhammad Reza/Anadolu Agency/Getty

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut selepas satu gempa bumi berkekuatan 6.5 pada skala Richter menggegarkan sebahagian besar kawasan di Pakistan dan Afghanistan semalam, lapor saluran televisyen CBS News.

Gegaran mengakibatkan orang ramai yang panik melarikan diri dari rumah dan pejabat selain menakut-nakutkan penduduk yang tinggal di kampung terpencil.

Lebih 100 orang telah dibawa ke hospital di wilayah lembah Swat, barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan ketika masih berada dalam keadaan terkejut, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Pakistan, Bilal Faizi.

“Penduduk yang ketakutan rebah dan sebahagian daripada mereka rebah kerana gegaran gempa bumi,” jelas Bilal sambil memberitahu kebanyakannya kemudian dibenarkan keluar dari hospital.

Bilal dan pegawa-pegawai lain berkata bahawa sembilan orang terbunuh selepas bumbung sebuah bangunan runtuh di beberapa kawasan barat laut Pakistan.

Berpuluh-puluh yang lain cedera akibat gempa bumi yang berpusat di Afghanistan yang turut dirasai di sempadan Tajikistan.

Gempa bumi itu mencetuskan insiden tanah runtuh di beberapa kawasan pegunungan yang mengganggu lalu lintas. 

Terdapat pelbagai laporan mengenai pusat dan kekuatan gempa, tetapi Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter di timur laut Afghanistan, berhampiran sempadan dengan Pakistan pada kedalaman kira-kira 186 kilometer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI