fbpx

Sunye cemas lahirkan anak sulung di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNYE

PENYANYI Sunye yang juga ahli kumpulan Wonder Girls berkongsi pengalaman mencemaskan tetapi dianggap lucu selepas pernah melahirkan anak di rumah.

Dia berkongsi cerita ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan Knowing Brothers pada 18 Mac lalu.

“Banyak yang perlu saya pelajari kerana melahirkan bayi sebaik sahaja berkahwin.

“Tiada penjagaan rapi yang dibuat kerana saya dibantu oleh bidan,” kongsi penyanyi berusia 34 tahun itu.

Sunye yang berkahwin dengan suaminya iaitu seorang lelaki Kanada bercerita momen lucu semasa melahirkan anak sulungnya di rumah.

“Saya pelik mengapa bayi yang kecil mampu mengeluarkan banyak najis.

“Selepas itu, bidan menerangkan bahawa apa yang dimakan bayi ketika di dalam perut telah dibuang semua sekali.

“Bidan itu menerangkan lagi jika saya berada di pusat jagaan selepas bersalin, perkara sama akan dilalui tanpa disedari, tetapi insiden tersebut merupakan pengalaman istimewa dan berharga bagi saya,” jelasnya lagi.

Sunye berkahwin pada suaminya, James Park pada 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI