fbpx

RAC diberi setahun tambah baik kemudahan lif di stesen komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) menyampaikan dokumen tawaran penyewaan zon tengah kepada Ali Azman Noor Muhammad (kiri) pada Majlis Pelancaran aplikasi Rails di Ibu Pejabat RAC di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi tempoh setahun kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk menambah baik kemudahan lif dan eskalator di stesen-stesen komuter.

Menterinya, Anthony Loke berkata, itu fokus ditetapkan MOT tahun ini dan ia perlu dilaksanakan dalam beberapa fasa dengan tumpuan kepada stesen-stesen besar dan ketika ini, audit sedang dilakukan oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di sepanjang laluan komuter bagi tambah baik berkenaan.

“Dalam tempoh setahun ini, berapa boleh kita selesaikan, jadi ini sasaran yang saya letakkan kepada RAC supaya cepatkan proses untuk sediakan lif dan eskalator di stesen besar.

“Di mana ada stesen yang belum ada lagi, hasil audit akan dibentang dan kita bagi keutamaan dahulu untuk bina lif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Aplikasi Mudah Alih Perbadanan Aset Keretapi (RAILS) di sini, hari ini.

Ditanya berapa stesen komuter yang terlibat dengan penambahbaikan itu, Loke berkata, beliau meminta RAC dan KTMB membentangkan audit mengenainya dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, RAC mempunyai tadbir urus yang baik dan sebarang perbelanjaan mesti di bawa kepada pihak lembaga pengarah.

“Malah, lantikan kontraktor juga mesti mengikut dasar kerajaan seperti tender dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Loke melancarkan RAILS iaitu aplikasi bagi memudahkan permohonan sewaan aset kereta api secara atas talian bagi memudahkan orang ramai menjadi rakan niaga RAC dan berharap lebih 50 peratus penyewa menggunakannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI