fbpx

Peniaga teruja Agong singgah minum cendol selepas lambai tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang peniaga melompat teruja apabila Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli untuk singgah ke kedainya yang terletak di Lanchang, Pahang.

Menerusi video dimuat naik @cendollily di media sosial, dia pada mulanya hanya ingin melambai tangah ke arah kereta Baginda yang kebetulan lalu di depan kedainya.

Namun, kenderaan Agong sempat berhenti dan kelihatan Baginda sedang memandu sambil ditemani seorang pegawal peribadi disebelahnya.

“Masa ini Tuanku lalu, ingat nak lambai sahaja sebab tidak pernah jumpa depan-depan. Tiba-tiba Tuanku singgah turun berhenti kereta tengah jalan. Masa ini, jangan cakaplah macam mana perasaan kami.

“Petua orang tua kalau pagi itu rama-rama besar hinggap dekat kita, maksudnya ada orang ‘besar’ nak datang,” tulisnya dalam video itu.

Sehubungan itu, Kosmo! mendapati ramai memuji Agong yang mesra rakyat disamping terkejut melihat Baginda memandu kereta sendiri.

“Walaupun saya orang Kedah, saya sangat suka dengan cara kerabat Sultan Pahang yang memang betul-betul mesra dengan rakyat,” kata Hafizi Hasdi.

“Bagusnya, Tuanku yang memandu sendiri, pengawal peribadi duduk sebelah,” ujar Daus.

“Suka tengok Tuanku, nampak muda sahaja. Tetap tersenyum, itulah rahsia awet muda,” seloroh Farah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI