fbpx

Pelajar dipaksa berlutut minta wanita pulang wang jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar itu nekad berlutut di jalan untuk meminta wangnya dipulangkan. - Mothership

BEIJING – Seorang remaja perempuan di China terpaksa berlutut selepas seorang wanita enggan memulangkan wang berjumlah 200 yuan (RM130) miliknya yang terjatuh di atas jalan, lapor laman berita Mothership hari ini.

Video kejadian yang di Guangzhou, wilayah Guangdong pada hujung minggu lalu  itu tular di media sosial China.

Remaja berpakaian seragam sekolah kelihatan menangis selepas permintaan untuk mendapatkan wangnya kembali ditolak.

Bagaimanapun, wanita itu tanpa ragu-ragu berkata: “Sesiapa yang menemui wang itu harus memilikinya.”

Rakan pelajar tersebut kemudian berkata: “Ini wang dia. Kami nampak awak mengambilnya dari jalan.”

Gadis itu kemudian menjerit untuk meminta wangnya dikembalikan. Situasi itu menjadi lebih tegang apabila orang ramai yang lalu lalang turut masuk campur.

Lelaki yang merakam video tersebut berkata: “Kami lihat anda ambil wang itu. Anda mesti memulangkannya.”

Orang ramai turut meminta gadis itu menghubungi ibubapanya.

Akan tetapi, gadis itu berkata: Saya tidak tinggal bersama ibu bapa. Wang ini sangat penting untuk saya.”

Gadis itu menjelaskan bahawa wang itu adalah elaun mingguannya untuk perbelanjaan kerana ibu bapak bekerja di bandar lain dan dia tinggal bersama datuk dan neneknya.

Wanita itu akhirnya menyerahkan wang tersebut selepas lebih ramai pejalan kaki mengerumuninya ketika gadis itu melutut di jalan. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI