fbpx

Buang nama Khan, Malaika Arora jadi laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAIKA ARORA

PERNAH berkahwin dengan Arbaaz Khan, namun rumah tangga Malaika Arora dengan pelakon itu menemui kehancuran pada 2019.

Tempoh 19 tahun bergelar suami isteri adalah jangka masa yang lama tambahan pula mereka mempunyai seorang anak hasil ikatan tersebut.

Tidak hairan namanya juga cukup sinonim dengan Khan sehingga apabila Malaika menggugurkan nama itu sebaik bercerai, timbul banyak tanggapan kurang tepat.

“Ada yang menyangka saya buat keputusan salah kerana enggan lagi gunakan nama Khan hingga dikatakan kerjaya saya akan merudum.

“Sebenarnya selepas saya gugurkan nama keluarga bekas suami banyak tawaran kerja datang. Nyata dakwaan itu tidak benar,” tambahnya.

Lebih lima tahun menutup mulut daripada mengulas isu tersebut, pelakon, pengacara dan model itu kini mengakui sudah sedia bersuara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI