fbpx

LBS lancar rumah mampu milik di KITA @ Cybersouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis bagi rumah teres satu tingkat KITA Bestari yang merekodkan kadar pengambilan 90 peratus.

PETALING JAYA – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatat kadar pengambilan luar biasa menjangkau sehingga 90 peratus bagi rumah setingkat KITA Bestari dalam tempoh dua minggu sejak projek kediaman itu dibuka untuk tempahan.

Disokong permintaan pasaran kukuh di kawasan berkenaan, LBS melancarkan KITA Bestari hari ini yang terletak di perbandaran Tanah Rizab Melayu KITA @ Cybersouth.

KITA Bestari terdiri daripada tiga jenis hartanah, iaitu rumah teres satu tingkat yang merangkumi 413 unit dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM217 juta, rumah dua tingkat (76 unit, GDV RM47 juta) serta rumah bandar (328 unit, GDV RM154 juta).

Rumah satu tingkat menawarkan keluasan binaan 1,094 kaki persegi dilengkapi dengan empat bilik tidur dan dua bilik air dengan harga yang berpatutan bermula daripada RM499,000.

Sistem berpagar dan berpengawal antara ciri-ciri keselamatan yang disediakan di KITA Bestari.

Rumah dua tingkat berharga daripada RM600,000 dengan keluasan binaan 1,447 kaki persegi, manakala harga jualan bagi rumah bandar bermula daripada RM459,900 dengan keluasan binaan 1,346 kaki persegi bagi unit bawah dan 1,483 kaki persegi untuk unit atas.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebagai pemaju perumahan rakyat, pihaknya kekal komited dengan matlamat untuk menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti bagi memenuhi permintaan negara.

“Projek pembangunan KITA @ Cybersouth telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pembeli sejak pelancaran pertamanya pada tahun 2018.

“Berdasarkan rekod, rumah satu tingkat KITA Bestari telah terjual melebihi 90 peratus, yang menunjukkan tahap keyakinan tinggi pelanggan terhadap LBS.

“Pada 31 Disember 2022, LBS telah menyerahkan sejumlah 2,722 unit kunci rumah kepada pemilik yang telah membeli rumah teres dua tingkat KITA Harmoni, pangsapuri servis dan ruang kedai KITA Impian, serta rumah teres dua tingkat dan rumah bandar KITA Bayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim Hock San

Berpegang teguh kepada tiga prinsip utama iaitu mampu milik, kesalinghubungan dan komuniti, penyediaan kemudahan di sekitar KITA Bestari memberi tumpuan menyeluruh bagi menggalakkan ikatan kekeluargaan menerusi pembinaan pusat kecergasan, gelanggang takraw serta bola keranjang.

Lengkap dengan sistem pembangunan berpagar dan berpengawal, ciri-ciri keselamatan merupakan faktor penting bagi pembangunan berkenaan, di samping harga yang berpatutan dan lokasi strategik yang terletak jauh dari kesibukan ibu kota di kawasan koridor selatan Lembah Klang Besar, antara Putrajaya dan Cyberjaya.

Selain itu, ia juga berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.

KITA @ Cybersouth terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam utama antaranya hab komersial, institusi kewangan, pusat pentadbiran kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, lapangan terbang antarabangsa serta pusat penjagaan kesihatan.

Pelbagai kemudahan yang disediakan menggalakkan pengukuhan ikatan kekeluargaan.

KITA Bestari juga merupakan projek yang tersenarai dalam kempen LBS Fabulous Extra 2022-23, yang menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi termasuk Perodua Axia, motosikal, Cinema Home Soundbar, basikal gunung, televisyen 40 inci dan peralatan elektrik.

Pembeli rumah LBS juga bakal menikmati insentif tambahan seperti yuran tempahan rendah sebanyak RM500, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot.

Untuk maklumat lanjut tentang KITA Bestari, orang ramai boleh memilih untuk mengunjungi galeri jualan KITA @ Cybersouth dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang, layari laman virtual KITA Bestari atau hubungi 1700 81 8998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI