fbpx

Kritik persembahan Jennie Blackpink, pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kiky (kanan) diselar peminat Jennie (kiri) kerana mengkritik persembahan penyanyi itu. – Instagram

JAKARTA – Seorang pelawak Indonesia menjadi mangsa kecaman peminat fanatik Jennie daripada kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink selepas mengkritik penyanyi itu yang dikatakan kelihatan kurang bersemangat ketika mengadakan konsert di Jakarta minggu lalu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kiky Saputri, ‘diserang’ peminat Jennie di akaun media sosialnya sehingga ada yang menyamakan wajahnya dengan monyet.

Kiky sebelum itu mengeluarkan komen terhadap persembahan Jennie yang dikatakan kelihatan letih, malas dan tidak bersemangat ketika konsert Blackpink di Jakarta.

Kritikan tersebut tidak disenangi peminat Blackpink dengan ramai mendesak Kiky agar meminta maaf dan berfikir dahulu sebelum mengkritik.

“Sungguh kelakar si Kiky. Wajah seperti monyet. Semoga anda menjadi mandul. Boleh terima?” demikian menurut komen seorang netizen.

Kiky kemudian tampil menjawab kenyataan peminat itu dengan berkata: “Tidak dapat menerima idola mereka dikritik kelihatan penat. Tidak boleh ada orang lain yang bergurau atau memberi pandangan mengenai idola mereka (meskipun itu kenyataan).”

Tambah pelawak itu, keletihan adalah perkara biasa yang dialami seseorang bergelar artis. Namun, mereka tetap perlu bersikap profesional kerana peminat telah membayar harga tiket untuk menonton konsert.

“Kita menonton, kita bayar dan kita boleh memberikan pandangan. Itu pun dengan gurauan dan bukannya hinaan.

“Anda perlu faham sekiranya idolanya penat kerana mengadakan konsert di sana sini, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada mutu persembahan. Namun, kerana mereka dibayar secara profesional, harus bersikap profesional. Ada orang berpendapat dia bagus, namun kalau ada yang berpendapat sebaliknya, kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya. – Agensi 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI