fbpx

Britain tawar 20 jawatan gaji lumayan tanpa perlu ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerjaan sebagai penggodam beretika dibuka kepada calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang sains komputer. – IT Weapons

LONDON – Pengurus permainan kasino muncul pekerjaan menawarkan gaji paling lumayan tanpa memerlukan kelayakan akademik, demikian menurut senarai  yang dikeluarkan  laman pencarian  pekerjaan Britain, Adzuna seperti dilaporkan akhbar The Sun.

Laman tersebut menyenaraikan 20 pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan universiti namun mampu menawarkan gaji jauh lebih daripada purata gaji tahunan Britain iaitu sebanyak  £33,000 (RM180,352).

“Ada antaranya menawarkan gaji sehingga £90,000 (RM491,871) setahun dan untuk kebanyakan jawatan, pengetahuan dan skil adalah lebih penting daripada pendidikan formal.

“Sekeping ijazah universiti tidak lagi menjadi ‘tiket’ kepada kerjaya bergaji lumayan kerana lebih banyak industri ingin mengembangkan kumpulan bakat mereka kepada rangkaian pemohon yang pelbagai selain turut menawarkan latihan semasa bekerja,” kata pengasas bersama Adzuna, Andrew Hunter.

Tambah Hunter, sektor teknologi maklumat (IT) adalah contoh terbaik di mana jawatan seperti pakar scrum, penggodam beretika dan pembangun perisian dibuka kepada calon yang mahir walaupun tidak mempunyai ijazah dalam bidang sains komputer.

Contohnya, pakar scrum yang bertindak sebagai pengurus projek untuk IT dan pembangunan teknologi boleh menerima bayaran sehingga £62,000 (RM338,784) setahun.

Selain itu, juruterbang komersial, penggodam beretika dan pengawal trafik udara juga antara pekerjaan yang menawarkan gaji sehingga £60,000 (RM327,855) setahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI