fbpx

Brad Pitt enggan kenalkan kekasih kepada Angelina Jolie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAT Pitt kini menjalin hubungan dengan Ines De Ramon (gambar kecil).

SELEPAS berpisah dengan Angelina Jolie, aktor Brad Pitt dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang wanita.

Terbaharu, pelakon berusia 59 tahun itu dikatakan sedang menjalin asmara bersama seorang wanita jelita berstatus janda dikenali sebagai Ines de Ramon.

Bagaimanapun menurut laporan Us Weekly, Pitt memilih tidak akan memperkenalkan kekasihnya itu kepada Jolie supaya kedua-dua mereka dapat berkenalan. Dia memilih untuk menyimpan Ramon daripada diperkenalkan.

Bukan itu sahaja, Pitt juga dikatakan belum bersedia dan takut untuk memperkenalkan Ramon yang juga bekas isteri pelakon Paul Wesley kerana bimbang anak-anaknya terasa hati.

“Hubungan Pitt dan Ramon masih baharu dan memerlukan waktu sebelum diperkenalkan dengan anggota keluarga yang lain.

“Namun yang pasti, Pitt tidak akan memperkenalkan teman wanitanya itu kepada Jolie,” kata sumber terdekat pelakon itu.

Kata sumber itu lagi, pelakon filem World War Z itu enggan mempertemukan teman wanitanya dengan Jolie kerana hubungan mereka masih panas, lebih-lebih lagi melibatkan hal penjagaan anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI