fbpx

Wanita pegang senjata tajam, cuba terjun jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap ayar video memaparkan seorang wanita memegang pisau dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Batu Pahat, malam Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita dipercayai bersama dua orang anaknya dikatakan cuba terjun dari Jambatan Peserai, Batu Pahat malam tadi.

Menerusi video berdurasi 19 itu dapat dilihat wanita tersebut turut memegang senjata tajam dan tidak membenarkan orang awam mendekati mereka.

Beberapa orang awam juga memberhentikan kenderaan mereka dan cuba untuk menenangkan wanita tersebut.

Berdasarkan kapsyen pada video itu juga katanya, kejadian tegang tersebut berjaya dikawal oleh pihak bomba dan polis.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen bimbang melihat keadaan wanita itu dan berharap dia mendapat bantuan sewajarnya.

“Semoga yang baik-baik untuk kakak dan anak -anak. Anak-anak akan trauma dan akan ingat situasi ini sampai mati. Pasti sukar untuk mereka,” kata Januar.

“Semoga kakak dan anak-anak ini dapat bantuan. Kasihan tengok mereka, terutama anak-anak. Semoga semua dipermudahkan,” kata Linda.

“Entah masalah apa yang dia lalui sehingga terfikir untuk bertindak begitu. Harap dia dibantu, setiap masalah mesti ada penyelesaian,” kata Long.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI