fbpx

Tunku Ismail seru utamakan padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL turut diiringi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika menghadiri Majlis Perasmian Projek Penggantian Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meng­akui seakan hilang idea sekiranya ada pasukan yang menolak tawaran dikemukakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mela­kukan proses penukaran padang di stadium setiap negeri.

Dalam era bola sepak masa kini, Tunku Ismail merasakan kualiti padang sudah menjadi cerminan kepada pengurusan pasukan dan tidak timbul isu kos selenggara yang terlalu mahal.

“Saya pun tidak faham dan tertanya-tanya (kenapa ada ke­lab menolak tawaran KBS). Tetapi, sekarang masanya untuk berubah dan saya harap tawaran KBS ini secara tidak langsung akan beri peningkatan kepada pasukan dan secara dominonya, ia juga akan beri kesan kepada pasukan kebangsaan.

“Mungkin (pengurusan) tidak tahu apa-apa tentang bola, tidak ada minat. Negara maju akan beri keutamaan kepada padang dulu kerana padang adalah cermin kepada pengurusan.

“(Kos) selanggara bukan alasan kerana bajet (pasukan) pa­ling kurang RM8 juta, manakala kos selenggara tidak lebih RM300,000 setahun. Mana logik jika tidak boleh jaga padang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Penggantian Rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kerja-kerja penukaran rumput dan baik pulih stadium dijangka akan mengambil masa enam bulan dan akan bermula 1 April ini.

Sementara itu, Tunku Ismail juga mendedahkan bahawa pihaknya bersedia untuk melepaskan mana-mana pemain untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan mengharungi aksi antarabangsa mengikut kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Jika dalam kalendar FIFA saya akan izinkan (lepas pemain) dan saya akan bagi sokongan sepenuhnya. Tetapi, kalau tiada dalam kalendar FIFA, bagi saya (sebagai) orang yang membayar gaji, saya rasa benda itu tiada faedah dan membuang masa.

“Jadi, kalau dalam kalendar FIFA atau mana-mana kejohanan bawah FIFA, memang saya akan memberikan pemain dan saya sedia tawarkan pasukan kebangsaan apa sahaja teknologi yang ada di JDT serta apa sahaja fasili­ti yang ada mereka boleh pakai.

“Macam malam ini (semalam) mereka ada latihan di Padang Sri Gelam, pusat latihan kami. Jadi, untuk membantu pasukan kebangsaan saya memang positif daripada awal hingga ke hari ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI