fbpx

Rombongan pengantin jalan kaki 28 kilometer kerana mogok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rombongan pengantin lelaki terpaksa berjalan kaki sejauh 28 km di daerah Rayagada untuk sampai ke kampung pengantin perempuan kerana ketiadaan teksi. - Odisha TV

NEW DELHI – Seorang pengantin lelaki dan rombongan perkahwinannya terpaksa berjalan kaki sejauh 28 kilometer (km) ekoran mogok dianjurkan pemandu teksi di daerah Rayagada, negeri Odisha, India, lapor laman berita The Economic Times semalam.

Mereka terpaksa berjalan sepanjang malam dari Sunakhandi untuk sampai ke kampung pengantin perempuan di Dibalapadu di mana majlis perkahwinan itu diadakan, kelmarin.

Sebuah video menunjukkan pengantin lelaki dan ahli keluarganya berjalan pada waktu malam menjadi tular di media sosial.

Perkahwinan itu diadakan pada pagi Jumaat tetapi ahli keluarga pengantin lelaki terpaksa tinggal di rumah pengantin perempuan bagi menunggu sehingga persatuan pemandu teksi menghentikan mogok supaya mereka boleh pulang ke rumah.

Persatuan Pemandu Ekta Mahasangh yang telah melancarkan mogok di seluruh negeri itu menuntut langkah kebajikan sosial seperti insurans, pencen, pembentukan lembaga kebajikan dan faedah lain untuk pemandu. 

Bagaimanapun, mogok itu kini telah ditangguhkan selama 90 hari berikutan jaminan kerajaan negeri bahawa semua tuntutan mereka akan dipenuhi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI