fbpx

Polis siasat program ‘Jom Ziarah Gereja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, semalam. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan program ‘Jom Ziarah Gereja’ di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan dibuka meskipun program terbabit telah dibatalkan semalam.

“Siasatan telah dibuka sejurus laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Kita telah merakam percakapan pihak penganjur, pengadu dan beberapa saksi yang berkenaan.

“Kita juga telah menghubungi NGO terlibat dan pihaknya telah melakukan akur janji untuk tampil ke IPD Sentul pada Isnin ini (20 Mac) bagi dirakam keterangan,” ujarnya selepas melancarkan Program High Profile Policing Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Esplanade, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan program ‘Jom Ziarah Gereja’ di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang sah dibatalkan susulan penetapan dan arahan KBS.

Program berkenaan merupakan inisiatif di bawah Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia iaitu NGO yang bernaung di bawah KBS.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 pada Selasa, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa program ‘Jom Ziarah Gereja’ tidak membabitkan individu beragama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI