fbpx

PKNS ambil alih pengurusan kelab golf milik kerajaan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga dari kiri) hadir ke sambutan ulang tahun ke-25 KGSS, Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diberi tanggungjawab penuh untuk menguruskan operasi semua kelab golf di bawah kerajaan negeri bagi memastikan pengoperasian lebih dinamik pada masa akan datang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia bertujuan untuk menjadikan semua penganjuran perlawanan golf sama ada tempatan dan antarabangsa mencapai standard yang dimahukan.

Katanya, Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) akan menjadi lokasi pertama yang diuruskan PKNS Management Services Sdn. Bhd. bermula 1 April ini.

“Melalui inisiatif unik ini, adalah diharapkan agar PKNS dan KGSS akan mengembangkan pencapaian dan mencipta peluang dan pelaburan melalui golf,” katanya ketika berucap menyempurnakan sambutan ulang tahun ke-25 KGSS di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KGSS, Mohd. Zubir Idrus berkata, kelab itu telah membina reputasi baik dalam industri golf di negara ini sepanjang 25 tahun.

“Paling penting KGSS telah dikenali di atas pencapaian sebagai salah satu kelab yang mempunyai penyelenggaraan padang terbaik terutama untuk green dan bentuk padang yang mencabar.

“Oleh kerana itu, ia menjadi pilihan untuk penganjuran pertandingan golf berprestif seperti Selangor Masters dengan kerjasama Asian Development Tour pada November lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI