fbpx

Penunggang motosikal maut langgar tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Lelaki berusia 24 tahun maut susulan mengalami cedera parah pada bahagian tengkuk selepas terlanggar tiang elektrik di hadapan sebuah stesen minyak Serendah, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berkenaan berlaku sekitar pukul 6.38 petang tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Gapi menuju ke Rawang.

“Mangsa telah melanggar tiang elektrik berhadapan sebuah stesen minyak sekitar Serendah.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian tengkuk,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Suffian, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI