fbpx

Penggunaan kanabis dalam perubatan perlu diteliti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan perlu diteliti dan satu perbincangan yang menyeluruh termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan perlu dibuat terlebih dahulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat.

“Kita harus teliti betul-betul kerana perlu ingat, sebaik sahaja kita ‘menghalalkan’, nak mengawal (penggunaan kanabis) susah. Kita lihat di kampung-kampung misalnya, sudah ramai menagih.

“Saya cadangkan untuk buka ruang betul-betul mengenai implikasinya, baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bagi gambaran yang serius, sukar ditangani isu salah guna dadah dalam keadaan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peserta program Dialog Anak Muda Temu Anwar, di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI