fbpx
Antara produk serbuk daun ketum yang dijual menggunakan nama lain di aplikasi e-dagang.

Mudahnya dapat ganja, alat seks secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegiatan menagih dadah kelihatan sukar dibendung apabila bahan khayal seperti ganja dan daun ketum dijual secara berleluasa menggunakan kod rahsia di aplikasi e-dagang bagi mengelakkan kegiatan itu dihidu pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, individu gila seks juga boleh melampiaskan nafsu apabila pelbagai jenis alat perangsang dan ubat kuat dijual di aplikasi tersebut selain pistol angin dan ubat terlarang yang turut menggunakan kod rahsia.

Pembelian dadah yang mudah secara online juga mengakibatkan pihak tertentu yang menghantar ganja kepada dua pemimpin politik baru-baru ini.

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Samrin, 36, berkata, terdapat cara yang boleh digunakan untuk membeli barangan itu terutamanya daun ketum tetapi pelanggan perlu mencari kod rahsianya terlebih dahulu.

Bahan khayal dijual secara meluas menggunakan kata kunci di aplikasi e-dagang hingga menyukarkan pihak berkuasa membuat pemantauan.

Katanya, penjual tidak meletakkan nama daun ketum atau ganja kerana ia akan menyebabkan akaun mereka dihalang selain berisiko ditangkap.

“Antara kata kunci yang digunakan termasuk ‘teh herba hijau’, ‘super green kratum special’, ‘teh hijau perkasa’ dan ‘serbuk power teh hijau’.

“Trend itu menjadi popular ketika kerajaan mengaktifkan Perin­tah Kawalan Pergerakan ­akibat Covid-19 dan ramai penagih air ketum buntu di mana hendak mendapatkan bekalan ketika itu,” katanya kepada ­Kosmo! Ahad.

Menurut Samrin, rangkaian antara penagih kemudian menyebarkan maklumat tersebut dan ketika itulah dia tidak lagi risau kerana bekalan daun ketum boleh dibeli secara online.

Tambahnya, bagi ketum, pengedar akan menjual dalam bentuk serbuk seperti teh dan hanya perlu dicampur dengan air panas untuk menikmatinya.

“Selain serbuk ketum, pengedar turut menjual ekstrak ganja atau perisa ganja yang digunakan pada vape yang begitu popular dalam kalangan pelajar sekolah. Mungkin sehingga sekarang pun mereka ada menggunakannya,” katanya.

Ujar Samrin, bagi ganja, kata kunci yang digunakan termasuk ‘happy green’ atau ‘weednesday special’ dan lain-lain yang sering ditukar bagi mengelakkan dipantau oleh pihak pengendali aplikasi dan pihak berkuasa.

Katanya, penjual akan sentiasa menukar kod rahsia tersebut dalam tempoh tertentu selepas barangan jualannya dikesan atau disekat.

“Saya risau mengenai kea­daan ini kerana walaupun saya sendiri meminum air ketum tetapi ia hanya untuk saya tetapi cuba bayangkan ia melibatkan pelajar sekolah dan sudah tentu masa depan mereka akan hancur kerana begitu mudah untuk mendapatkan bekalan,” katanya.

Sementara itu, seorang penjual di aplikasi e-dagang yang ingin dikenali sebagai Firdaus, 40, berkata, jualan barangan terla­rang itu kini sudah merebak ke aplikasi lain yang popular dengan jualan langsung yang mempunyai pengikut begitu ramai.

“Ia lebih terbuka kerana kebanyakannya adalah berkenaan dengan barangan ubat kuat terlarang, pistol angin berbahaya serta permainan seks. Laman itu lubuk kepada barang-barang jualan seperti ini.

“Walaupun pihak mereka memberi amaran dan syarat khas kepada para penjual, tetapi penjual-penjual ini pandai me­ngaburi pihak berkuasa dengan menjual barangan terlarang ini menggunakan kod-kod atau kata kunci berlainan,” katanya.

Menurut Firdaus, apa yang membimbangkan ialah laman itu dirasakan lebih bebas dan mudah untuk mendapatkan bara­ngan terlarang dan tiruan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN