fbpx

Minaz Hijab sasar jualan 600,000 helai koleksi raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada model memperagakan koleksi terbaharu Minaz Hijab untuk perayaan Aidilfitri kali ini.

PETALING JAYA – Minaz Hijab, pengeluar koleksi pakaian wanita dan keluarga dengan pelbagai fesyen terkini, menyasarkan sebanyak 600,000 helai busana Aidilfitri bakal terjual melalui koleksi Minaz Blooming Raya yang dilancarkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Hamid berkata, sasaran jualan tersebut mampu dicapai memandangkan keyakinan pe­langgan terhadap jenama dan koleksi pakaiannya yang berkua­liti, ditambah rekaan unik yang dapat memenuhi cita rasa dan kehendak masyarakat.

Menurut beliau, sasaran jualan untuk tahun 2023 pula adalah sebanyak empat juta unit dengan nilai kira-kira RM60 juta.

“Walaupun ramai yang terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan pelbagai harga bara­ngan yang bertambah, kehangatan Aidilfitri akan tetap dirasai dan pastinya masyarakat akan berbelanja untuk menyambut kedatangan hari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Minaz Blooming Raya di Ampang baru-baru ini.

Hafiza menerangkan, Minaz Blooming Raya menampilkan sebanyak 73 koleksi raya dengan 27 warna yang ditawarkan pada harga menarik.

“Koleksi fesyen pakaian terbahagi kepada golongan remaja, anak-anak dan kaum lelaki. Tahun ini kami memberi tum­puan terhadap kain jenis chiffon dan bermanik dengan sedikit campuran sutera Thailand untuk memberi nafas baharu yang se­gar kepada rekaan pakaian agar ia kelihatan lebih elegan dan eksklusif,” ujarnya.

Tambah beliau, koleksi raya telah dilancarkan pada 3 Mac lalu dan ia akan dikeluarkan secara berperingkat sehingga akhir bulan ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI