fbpx

Dedikasi John Wick Chapter Four untuk Lance Reddick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDIANG Lance Reddick terlibat dengan francais John Wick bersama Keanu Reeves sejak filem pertama diterbitkan pada 2014.

PEMERGIAN pelakon filem John Wick, Lance Reddick pada Jumaat lalu memberi kesan mendalam terhadap Keanu Reeves selaku bintang utama francais popular tersebut.

Sebagai rakan sepasukan yang bekerja dengan mendiang sejak 2014, bintang popular Hollywood itu mengakui terkesan dengan kehilangan Reddick.

Sebagai penghormatan, Reeves bersama pengarah Chapter Four iaitu francai keempat John Wick yang bakal ditayangkan pada 24 Mac ini mendedikasikan filem berkenaan kepada Reddick.

“Kami bersedih dengan kehilangan rakan baik dan teman sekerja, Lance Reddick. Beliau seorang yang gigih serta rakan sepasukan terbaik.

“Kasih sayang dan doa kami untuk isterinya, Stephanie, anak-anak, keluarga serta rakan terdekat. Kami dedikasikan John Wick Chapter Four untuknya. Kami akan merinduinya,” kata kenyataan berkenaan.

Reddick, 60, yang turut menyerlah dalam The Wire menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin iaitu seminggu sebelum John Wick Chapter 4 disiarkan.

Dua minggu lalu, aktor yang terkenal dengan watak Charon dalam francais John Wick itu menghadiri sidang media mempromosikan filem tersebut di Los Angeles, lapor United Press International (UPI).

Reddick membintangi keempat-empat francais John Wick, bermula dengan filem asal pada 2014.

Sementara itu, penerbit drama bersiri, The Wire, David Simon turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Reddick.

“Beliau profesional dan sempurna. Gandingan setia dan berjiwa indah. Terlalu cepat untuk kita mengenali dan mencintainya,” tulisnya.

Pada masa sama, rakan gandingan Reddick dalam drama bersiri tersebut, Wendell Pierce turut memberi penghormatan menerusi ciapan Twitter.

Reddick yang dilahirkan di Baltimore terkenal dengan wataknya sebagai Lt. Cedric Daniels iaitu anggota polis Baltimore dalam drama HBO, dari 2002 hingga 2008.

Sebelum John Wick, Reddick pernah membintangi deretan filem lain antaranya The Guest, White House Down, Jonah Hex, Don’t Say a Word dan banyak lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI