fbpx

334 kaki judi diberkas, 34 dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan pemeriksaan ke atas individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian di seluruh negeri Johor.

JOHOR BAHRU – Seramai 334 individu diberkas disyaki terlibat dalam aktiviti bermain judi dalam talian di seluruh negeri Johor antara 1 Januari sehingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang ditahan itu terdiri daripada 329 penjaga premis dan lima pemain judi masing-masing berusia antara 17 hingga 60 tahun.

“Sepanjang tempoh 1 Januari sehingga semalam, Polis Johor telah melaksanakan Ops Dadu Khas bagi memberi tumpuan ke atas jenayah judi dalam talian.

“Sebanyak 324 premis di seluruh negeri Johor telah diserbu dan diperiksa. Seramai 334 indivdu telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti judi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, selain itu, sejumlah 355 unit telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh unit tablet serta empat unit laptop dirampas serta RM49,435 wang tunai disita.

Menurutnya, sebanyak 34 premis telah mendapat kelulusan dan diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 13 premis telah dibatalkan lesen beroperasi oleh pihak berkuasa tempatan manakala empat lagi masih dalam permohonan pembatalan.

“Premis-premis ini mengaburi pihak polis dengan menjadikan kedai menjual telefon dan tambah nilai untuk menjalankan kegiatan perjudian dalam talian,” katanya.

Tambah beliau, bagi tahun lalu, Polis Johor telah memberkas 1,080 individu atas kesalahan jenayah judi dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI