fbpx

10 kedai makan kotor di Kota Bharu diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kiri) memeriksa peti simpanan makanan di sebuah kedai makan di Kota Bharu pada Rabu lalu. FOTO IHSAN JKNK

KOTA BHARU – Sebanyak 10 kedai makan di sini diarahkan untuk menutup operasi selama 14 hari selepas didapati tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan mengikut Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua premis itu didapati tidak menepati kriteria semasa beliau bersama Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan jabatan tersebut menjalankan Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 03/2023 pada Rabu lalu.

Menurutnya, seramai 66 orang kakitangan JKNK telah memeriksa sebanyak 82 buah premis makanan di yang menjadi tumpuan ramai di sekitar Bandar Baru, Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai, Jalan Pengkalan Chepa dan Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.

“Sebanyak 10 premis diarah tutup sementara selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak mencapai standard yang ditetapkan.

“Selain itu, 230 notis kompaun bernilai RM 42,650 turut dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaini (kiri) memeriksa peti simpanan makanan di sebuah kedai makan di Kota Bharu pada Rabu lalu. FOTO IHSAN JKNK

Menurut Zaini, pihaknya turut merampas produk makanan bernilai RM505 yang mempunyai kesalahan pelabelan dalam operasi tersebut.

Katanya, pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen penting dalam aspek kebersihan turut diberikan bimbingan sebagai tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis mereka.

“Orang ramai khususnya yang mengunjungi premis makanan di daerah ini dan seluruh negeri Kelantan dinasihatkan supaya memilih premis makanan yang bersih.

Zaini (kanan) memeriksa produk makanan yang mempunyai kesalahan pelabelan dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 03/2023 di Kota Bharu pada Rabu lalu. FOTO IHSAN JKNK

“Pemilik dan pengendali kedai makanan bertanggungjawab untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa,” katanya.

Zaini memberitahu, JKNK sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI