fbpx

THT cipta sejarah rangkul gelaran treble

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain THT meraikan kejayaan menjuarai Piala TNB menewaskan TNB 2-1 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Terengganu (THT) mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan treble selepas menjulang piala ketiga musim ini iaitu Piala TNB.

Kejayaan terbaharu itu hadir menerusi kemenangan 2-1 THT ke atas juara bertahan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Dalam aksi itu, THT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Faizal Saari sebelum TNB bangkit menyamakan kedudukan melalui Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Seo Jongho itu mengesahkan kemenangan menerusi jaringan kedua daripada bintang Korea Selatan, Jang Jonghyun yang menyudahkan pukulan sudut penalti pada suku terakhir permainan.

Kejayaan itu membolehkan THT muncul juara trebel musim ini selepas terdahulu menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL).

“Kami berjaya rampas semula trofi ini (Piala TNB). Satu kebanggaan buat rakyat Terengganu kerana ini sejarah baharu THT memenangi tiga piala,” kata kapten THT, Mohd. Fitri Saari.

Tempat ketiga Piala TNB menjadi milik Maybank selepas menewaskan UiTM HA-KPT 4-1 pada penentuan tempat ketiga dan keempat petang tadi.

Sementara itu, Negeri Sembilan muncul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan juara bertahan, KPT-Uniten Thunder 3-2 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 1-1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI