fbpx

Ten Hag puji karakter juara United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan jaringan Rashford ketika menyaksikan United mara ke suku akhir Liga Europa selepas menewaskan Real Betis 1-0 di Stadium Benito Villamarin awal pagi semalam. - AFP

SEVILLE – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memuji karakter yang ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya menempah slot suku akhir Liga Europa musim ini.

Kejayaan itu hadir selepas United menang 1-0 ke atas Real Betis pada aksi timbal balik ­pusingan 16 terbaik di Stadium Benito Villamarin awal pagi semalam, sekali gus mara dengan agregat 5-1.

The Red Devils yang membawa bekalan tiga gol dari Old Trafford hasil kemenangan 4-1 dalam aksi pertama minggu lalu, meraih ­jaringan tunggal menerusi Marcus Rasford awal pagi semalam.

“Semua pemain yang diturunkan dalam aksi ini bermain dengan bagus. Mereka yang jarang diberikan peluang juga ­menunjukkan permainan yang layak diberikan pujian.

“Paling menggembirakan saya adalah tiada kad merah dan kecederaan pemain. Walaupun kami mempunyai ramai pemain tetapi skuad kami tidak besar, jadi ini sesuatu yang bagus.

“Cumanya, masih ada yang boleh dibaiki terutama dalam babak kedua. Mungkin kami boleh menang hari ini (awal pagi semalam) dengan lebih daripada satu gol sebenarnya,” kata Ten Hag.

United kini kembali ke landasan kemenangan selepas terdahulu seri tanpa jaringan dengan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan itu semestinya meningkatkan moral para pemain The Red Devils untuk me­nempah tiket ke separuh akhir Piala FA menjelang aksi suku akhir menentang Fulham di Old Trafford awal pagi Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI