fbpx

Peruntukan tambahan tahfiz daif, NADMA – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ucapan penggulungan Kongres Nasional Khas di Stadium Malawati. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta bagi kegunaan maahad tahfiz dan sekolah pondok daif di seluruh negara serta peruntukan RM100 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi mengatasi masalah banjir.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, peruntukan baharu berkenaan meliputi semua sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Peruntukan tambahan akan diberikan kepada Jakim bagi memenuhi keperluan semua sekolah tersebut. Masalah banjir juga belum selesai dan kerajaan turut menambah lagi peruntukan kepada NADMA bagi mendepani isu berkenaan,” katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Malawati di sini petang tadi.

Bulan lalu, sebanyak RM900 juta peruntukan keseluruhan disediakan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah sekolah daif dalam Belanjawan 202 dan kerajaan turut menyalurkan RM400 juta kepada NADMA sebagai kesiapsiagaan mendepani banjir di seluruh negara.

Jelas Anwar, Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak sesekali bersikap zalim, sebaliknya terus memfokuskan isu kemiskinan rakyat dan perlu menoktahkan kemiskinan dengan penjimatan daripada ketirisan sistem.

Beliau berkata, hasil kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut mencatatkan peningkatan pada Disember dan Januari lalu.

“Kita bukan bayar untuk pimpinan, namun membayarnya kepada rakyat termasuk pesawah dan nelayan. Saya yakin jika kekal trek rekod ini, rakyat akan membuat pilihan tepat bagi menyelamatkan negara daripada kebobrokan dan rasuah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI