fbpx

Maqis gagal cubaan bawa produk haiwan dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara produk haiwan yang berjaya dirampas Maqis di KLIA Terminal 2 Rabu lalu.

SEPANG- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk produk haiwan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 Rabu lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, rampasan produk haiwan seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM200 yang cuba dibawa masuk seorang  warganegara China berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM.

“Konsainan tersebut terdiri daripada 8 kilogram itik dan 12 kilogram sosej lembu mentah yang diletakkan didalam sebuah bagasi selain berisiko membawa masuk penyakit ke dalam negara.

“Produk haiwan itu telah disita oleh pihak Maqis kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan dan sijil halal yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, perbuatan mengimport produk haiwan tanpa permit sah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan  Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta sama.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi  RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya.

“Maqis akan sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian serta ikan yang masuk mahupun keluar dari Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

“Ia bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI