fbpx

Kai Havertz puji aksi kelas dunia Enzo Fernandez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ (kiri) diyakini mampu melakukan hantaran-hantaran berkelas dunia kepada rakan-rakan sepasukan Chelsea pada saingan EPL.

LONDON – Penyerang Chelsea, Kai Havertz berharap rakan sepasukan, Enzo Fernandez terus mempamerkan aksi berkelas dunia menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Stamford Bridge awal pagi esok.

Pada aksi terdahulu menentang Leicester City, Fernandez membuktikan kehadirannya sebagai pembelian rekod Bri­tain berbaloi apabila mendominasi bahagian tengah selain melakukan satu umpanan gol.

Justeru, Havertz percaya The Blues boleh meneruskan rentak kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut sekiranya pemain antarabangsa Argentina itu berada pada prestasi terbaik ketika bertemu Everton.

“Saya masih ingat ketika menjaringkan gol ketika bertemu Leicester, ia satu jaringan yang cukup baik. Ketika itu, Enzo hanya melihat kepada saya dan melakukan hantaran, ia sangat sempurna.

“Kami semua tahu dia memang memiliki kemahiran dari segi melakukan hantaran. Saya yakin, semua orang masih belum menyaksikan kemampuan sebenar Enzo kerana dia boleh lakukan lebih daripada itu,” katanya.

Sementara itu, Havertz juga mahu semua pemain Chelsea memberikan segala-galanya ke­tika bertemu Everton memandangkan ia merupakan aksi terakhir sebelum liga berehat bagi memberi laluan kepada aksi antarabangsa.

“Fokus kami adalah untuk kembali menjadi sebuah pasukan yang konsisten dan meneruskan rentak kemenangan. Saya mahu kami kembali menjaringkan lebih banyak gol dan mendapatkan tiga mata,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI