fbpx

Johari, Wan Rosdy, Mohamed Khaled dahului jawatan Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari, Wan Rosdy dan Mohamed Khaled sedang mendahului pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Johari Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendahului pertandingan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO 2023.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 11 malam ini, Wan Rosdy mendahului 69 undi, Mohamed Khaled (65) dan Johari (54).

Ketiga-tiga calon itu meninggalkan lima calon lain iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dengan 35 undi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (27), Datuk Seri Hasni Mohamad (20), Datuk Seri Mahdzir Khalid (14), manakala Dr. Mohd Yusof Musa tidak meraih sebarang undi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI