fbpx

Ahmad Maslan teraju baru UMNO Bahagian Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (tengah) bersama para penyokongnya setelah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian sebentar tadi.

PONTIAN – Timbalan Menteri Kewangan memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian menewaskan penyandangnya Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pontian, disini, malam ini.

Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam memperolehi 291 undi, manakala Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mendapat undi sebanyak 388 undi.

Kemenangan Ahmad menamatkan legasi Hasni yang memegang jawatan tersebut selama 22 tahun sejak 2001

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian pula dimenangi oleh Datuk Sumali Mohd Reduan, yang juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian disandang oleh Jamaluddin Abd. Majid

Mohd. Sumali menewaskan pencabarnya, bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian, Mohd Zukifli Rusad, manakala Jamaludin mengalahkan Naib Ketua Wanita Bahagian Pontian, Norzita Kahar. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI