fbpx

809 masjid, surau di Wilayah Persekutuan terima Sumbangan Ihya’ Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NA’IM (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Ihya’ Ramadan kepada wakil masjid dan tauliah amil di Kuala Lumpur baru-baru ini. – SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Sebanyak 809 buah masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menerima Sumbangan Ihya’ Ramadan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sumbangan itu antara lain adalah untuk membantu menggerakkan aktiviti mengimarah Ramadan yang akan disambut minggu hadapan.

Katanya, pada tahun ini, MAIWP menyediakan peruntukan Sumbangan Ihya’ Ramadan dengan jumlah keseluruhan RM9.46 juta.

“Semoga dengan sumbangan Ihya’ Ramadan yang diterima ditambah pula dengan sumbangan ahli kariah akan menjadikan seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan lebih meriah dan berseri dengan pengisian program dan aktiviti ibadah, kebajikan dan kemasyarakatan.

“Diharapkan suasana sebegini dapat mendorong lebih ramai ahli kariah dan masyarakat untuk hadir ke rumah Allah dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah SWT,” katanya ketika memberi ucaptama semasa merasmikan majlis penyampaian bantuan Ihya’ Ramadan dan Tauliah Amil Zakat Fitrah di sini baru-baru ini.

Pada majlis sama, MAIWP melancarkan Iftar Ramadan Rahmah dengan peruntukan RM4 juta di 70 buah masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

“Program ini akan dilaksana sepanjang bulan Ramadan melibatkan masjid dan surau Jumaat terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Selain itu, seramai 74 ketua penolong amil dan 846 penolong amil dilantik bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat fitrah. Zakat fitrah boleh dibayar melalui amil dilantik MAIWP yang akan membuka kaunter kutipan di pelbagai lokasi di sekitar Wilayah Persekutuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI